Watak-watak utama Hero (komik)

Zes

Zes merupakan seorang yang berminat dengan muzik serta budaya punk. Zes sering melaungkan kebebasan di dalam semua aspek. Watak ini juga merupakan seorang remaja yang memberontak serta berani memperjuangkan semua hak bagi dirinya. Dia melabelkan dirinya sebagai seorang anarchist. Di dalam siri komik ini, Zes adalah pemain bes bagi kugirannya, 'Nailhead'.

Cal

Cal pada awalnya adalah seorang kerani di sebuah bank. Watak ini sering kali dibuli oleh pengurusnya dan terpaksa membuat kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh tukang cuci tandas. Cal juga dipandang rendah oleh rakan-rakan sekerjanya kerana menganggap dia seorang yang lemah dan mudah di buli..... Selepas pertemuan dengan Zes, Cal telah jatuh cinta dengan muzik serta budaya punk dan mula bermain gitar. Selepas tidak tahan lagi dengan sikap pengurusnya, Cal memberontak dan melawan pengurusnya...cal berhenti kerja dan menubuhkan sebuah kugiran bersama Zes. Cal merupakan pemain gitar untuk kugiran tersebut.

Chee

Chee adalah seorang gadis sekolah menengah yang pandai bermain dram. Watak ini merupakan seorang yang pendiam di sekolahnya sehingga rakan-rakan sekelasnya memanggil dia dengan gelaran "budak bisu". Apabila Zes dan Cal bercadang untuk menubuhkan kugiran dan mengadakan ujibakat, Chee tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Chee diterima untuk bermain di posisi dram untuk Nailhead dan merupakan satu-satunya ahli perempuan di dalam kugiran tersebut.